Khamis, 29 Mac 2012

Alangkah susah mendapat kawan

Assalamulaikum





Alangkah susah mendapatkawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula 
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


Rabu, 28 Mac 2012

7'C Sebab Suami Benci Isteri





7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..

Khamis, 22 Mac 2012

Tips menghidu kecurangan suami

Asslamulaikum,

Oiiis,  lain macam pula tajuk kat atas kan, takut aku bila membaca but hari ne aku nak kongsikan cerita kisah rumahtangga, suami isteri la pulak, Ok... aku rasa tertarik denga tips hasil carian aku dari Google. rasanya eloklah sangat2 aku share dalam blog aku ne buat bacaan, tatapan dan peringatan kita bersama, pada pembaca yang belum kahwin, baca ja buat panduan entah esok lusa pasti kamu akan jadi bini orang kan.. okey2 jom baca..

1. Tahu tak siapa yang berpontesi menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja dan juga kekasih lama  (nak aku tambahkan disini kenalan facebook, hehehe)


2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami Myb masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, AWASLAH!!!! memang perasan cinta itu timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memberi RESPON @ MELAYAN suami anda..

3. Bila Suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil  kisah penampilan diri! ini menunjukkan si suami da mula ber perhatian kepada sesorang (pastinya bukan anda)


4. Telifonnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan, periksa sekali sekala handphonenya tu! kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. atau ada sms yang pelik, kadang itu adalah kod rahsia mereka berdua. (kalau da suami yang berbuat demekian pastikan HPnya di rendam ke dalam air..) :)


5. Suami pakai 2handphone atau lebih.. ini sangat2 perlu diragui, apalagi kalau handphone nya itu sering di offkan (pastikan kali kamu buang HP ke lautan dalam)


6. Suami mula dingin atas katil atau mula nampak kelemahan kita, sering cari kesalahan kita, mula buat komplen itu tak betul ini tak ngam atau pun buat muka masam..

7. Suami mula pelupa !... fikirannya celaru asyik ingatkan GF, jadi banyak benda dilupakan (perlula kita mengambilkan ubat anti lupa atau kembalikan ingatan si suami, mana tahu dia lupa yg dia telah beristeri dan menjadi ayah)

8. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2.. haa, ini baru mula menjalinkan hubungan

9. Kalau out station kita nak ikut , dia beriya-iya pujuk kita supaya tak payah ikut. mungkin dian dah janji dgn GF nak jumpa masa kat outstation (kalau suami yang tak kerja outstation myb dia akan memberi alasan keluar minum kopi dengan kawan2 lelakinya dan bila kita nak join tiba2 dia tak jadi jalan patutlah kita mencurigai)

10. Memberi perhatian lebih pada kita.. hal ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka. (baik ada makna tu, kesian pada kaum wanita kan)

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan GF. biasanya lewat malam tu boleh menimbulkan suasana romantis. (alasan nak menonton TV tapi HP asyik di tangan)

12. Mula teragap-agap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya tiba2 kenapa sekarang ne nak kemas ja nak begaya pakai minyak wange ja..

13. Mula tak berapa ambil peduli anak2 walaupun selama ini dia sangat mengambil berat pada anak2.

14. Rajin menghantar atau menbawa anak2 berjalan tanpa kita ini peluang dia untuk berhubung dangan GF.

p/s/s:kalau nak tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri pulak...DI SINI.dah tak nak curang-curang kan, eratkanlah ia... :)


Jangan sampi membawa haluan masing kesian kat anak-anak menjadi mangsa..



women was made from the rib of man
she was not created from his head to top

him,
Nor from his feel to be stepped upon
she was made from his side to be close to 
him,
From beneath his am to be protected by
him,
Near his heart to be loved by him



Ahad, 18 Mac 2012

Majlis Akikah & Potong Jambul

Assalamuaikum Semua..

Tengok tajuk pun mesti kamu orang faham kan apa yang ingin aku ceritakan kali ne.. 11/3/2012 hari itu majlis akikah dan potong jambul anak kesayangan aku MUHAMMAD IZZ HAIKAL, alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. Terima kasih pada sanak saudara, rakan kerja dan jiran-jiran yang hadir dan membantu melancarkan lagi majlis hari tu.. hanya Allah akan balas budi baik anda semua.. saksikan beberapa keping gambar tuk majlis hari tu..








Isnin, 12 Mac 2012

Kosong By Najwa latif With Lirik


Kau melihat diriku,
Seperti sesuatu, yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu, kau mendustaiku
kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku, sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa..
Kosong..kosong..
Setiap detik diperhatikan kau cari cara putar belitkan kau jadikan diriku...
Kosong..kosong.. oh...

Kini aku bangkit, Membukitkan yang ku tak sakit
Dengan sehala perit yang kau berikan kini aku pantas berjalan
bergerak ke hadapan dan akan ku buktikan 
siapa diriku yang sebenar...

Kosong..kosong..
Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa
Kosong.. kosong.. oh..

Setiap detik diperhatikan 
kau cari cara putar belitkan kau jadiakan diriku
kosong.. kosong..

Kosong..kosong..
Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa
Kosong.. kosong.. oh..



JOM DENGAR LAGU..


p/s: AKU DGR JA LAGU NE KAT RADIO MULA2 TERFIKIR2 JUGA APA MAKSUD LAGU NE, ON YOUTUBE CARI LIRIK DGR BETUL2 EMMM NOT BAD MMG SEDAP LAGU AND LIRIKNYA.. SO LAGU NE JADI LAGU WAJIB DGR BUAT AKU... BANYAK MAKSUG YANG TERSEMBUNYI... HANYA DARI KITA TUK MENTAFSIRKAN..

Rabu, 7 Mac 2012

Aku Nekad!!!!!!!!!





Assalamulaikum semua,.. Selamat menyambut hari wanita 8/3/2012...


U all tengok tajuk diatas mesti kamu tertanya-tanya apa yang aku akan NEKAD lakukan ini.. aduis,.
actually aku pun tidak pasti senekad mana akan aku lakukan perkara ini.. tapi insyAllah aku kan usaha sedaya upaya aku... Nak melancong ne so kena berjimat-jimat..

Ok la semua malas nak panjang lebar berjala-jala bermeter-meter seperti novel cinta, saya ringkaskan saja la.. rajin2 la klik kat bawa tu.... tu yang sebenarnya aku nak buat...

 Klik : http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html


Ahad, 4 Mac 2012

kenapa??

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah





Text ne aku dapat dari FB kawan2 post status.. rasa betul juga kan apa yang dikatakan,.
semua benda pada zaman ne selalu disalah ertikan, kalau kita baik dia orang fikir "baik ada makna" kalau kita jahat dia fikir "kejam" sedangkan dorg tak tahu apa yang kita rasakan, fikirkan.. betul tak?? sekarang ne pun orang yang jahat nak jadi baik pun susah memang akan tertekan dan akan kemabali kepada kejahatan.. macam mana kita nak maju kalau macam tu fikiran orang2 kita kan??.. oleh itu bersangka baik la dalam kehidupan..dan berdoa la org bersangka baik kepada kita.insyAllah..







Monday Again


Assalamulaikum semua..


Happy monday.. why ah if monday ja kita malas2 nak pi kerja, pi sekolah, pi kuliah.. rasanya hari isnin ne hari semalas sedunia la kan,. tipula ada yang suka hari isnin.. tapi aku bukan tak suka cuma tak tahu nak cakap asal hari isnin la bangun pagi2 pun lambat2 bawa kereta pun hati (slow2), awal pagi tadi masa b1st ramai2  kat pejabat ne tiba2 mybos tegur, "fie kurang sihat ka?", hehehe ketara sangatka muka aku ne pucat? (dalam hati).. hehehe bukan la en... tiada mod hari ne.. Tapi heran kan hari isnin ne la juga kerja berlambak di meja lebih2 awal bulan macam hari ne, biasalah hujung bulan semua benda nak di tutup hehehe di report kan.. Tapi aku suka hari ne aku sampi awal dari org lain yg selalu awal jadi aku dapat paking kereta di tempat yang beratap.. maka hari ne kereta aku bersejuk la tidak paya pakai sun blok.. hehehehe


Ok la semua mulakan kerja dengan Bismillah ok... wasalam..