Isnin, 30 Januari 2012

Pemanis Wajah



Maksud:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai... ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
{Yusuf: 4}

khasiat ayat ini:

* selalu disayangi oleh sesiapa sahaja

* wajah menjadi berseri-seri

* manis dipandang orang

Peringatan; kurangkan amalan membaca ayat diatas bila wajah terlalu manis, sehingga dikerumuni semut atau kencing manis.=)


Bad Mood

Assalamulaikum semua...

Hari ne 30/1/2012 uiks cepat ja masa berlalukan.. x sangka kta mo masuk bulan ke2 da bagi tahun 2012.. C izz haikal pun da hampir 5bulan pada 15/2/2012 ne.. Cepat ja masa berlalu...

Hari isnin2 begini kalau kat opis mmg busy gila ne, macam2 keja dibuat, tapi yang herannya setiap hari jumaat aku akan siapkan keja2 yang urgent supaya next weeknya x kelam kabut.. tapi asal monday ja ada ja kerja yg dtg tiba2 dan menjadikan tu sebagai kerja yg urgent dan perlu d siapakn segera dalam kata lain mesti siap masa ne jg.. Aduis!!!! Tapi apakan daya kan da kerja makan gaji, terimah ja la..

Tapi ceta yg ingin aku cetakan sebenarnya hari ne aku mmg x mood, mcm mo marah org ja wlpun aku sllu ketawa "mengarang" taw buat2 happy.. tu luaran ja la, dalaman ne aku ja yg tahu... mmg mood aku x tahu la lari pi mana, tym2 mcm ne la aku suka makan manis2 pas mkn manis aku akan pening kalau pening aku mo tidur, kalau tidur aku x kan marah.. kan selamat.. tapi d opis mana boleh tidur..

Entah la apa la yg aku tulis ne aku pun x faham dlm keadan bad mood ne.. aku mo search la mencari tips2 menghilangkan Bad Mood... cari2 cepat2 laju2.... aduis aku akhirnya pening..... balik rumah mo tdo la, tapi dapat ka tdo.. mo layan anak lagi aduis rindunya dgn izz haikal ibu tu.. yg semakin hari semakin comel dengan gaya2 baru...

masuk Bulan Ke2 tahun 2012 ne aku nak jadikan blog aku ne sebagai diary.. bukan nak tunjuk2 taw apa cuma nak sharekan ja apa yg aku rasa... yala mana la tahu aku sudah tiada buka ja blog aku sebagai kenangan kawan2 family2 semua yerk....

ok.. bye2x
wasalam...

Jumaat, 27 Januari 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

assalamulaikum dan selamat pagi semua, (skrg waktu pagi tym aku tulis kat blog ne)..selepas menikmati semangkuk bubur ayam buatan kak sue d opis kami ne... mmg nyaman sekali, but aku bukan nak story sal bubur ayam kak sue n kopi tenom kak siti ari ne,. aku nak ceta sal budi bahasa orang2 kita skrg..


hari khamis tu aku sakit so kalau sakit apa lagi kan kena la ke klinik tu mdptkan MC hehehe, mmg aku masa tu menahan sakit kat belakang ne tulang belakang aku, selepas beberapa org di panggil tiba la giliran aku plak,. jumpa doktor, mmg sweetla doktor sharifah ne baik ja org nya.. aku yg sakit tym tu pun sempat memuji dia dlm hati, "baiknya doktor ne" seperti biasa selepas jumpa doktor kita akan tunggu nama di panggil tu mdapatakn ubat dan membayar bil kan... so aku tunggula dgn penuh kesakitan.. tunggu hampir 30minit x da jg panggilan so aku takut aku yg x dgr nurse panggil, bertanya la aku dgn seorang nurse yg keja kat klinik tu, perbualan seperti dibawah:-

Aku : Nurse, ubat saya sudah ada ka?
Nurse: Ko duduk ja sana nanti kalau ada aku panggil (dlm nada yg kasar)
Aku: @#%%**&** "mak ai kasarnya" (masih boleh bersabar lagi)

30minit selepas itu...

Aku: Nurse belum ada lagi ka ubat, da lama saya tunggu ne?
Nurse : Ada masalah sikit ne kad ING ko ndak dapat swap.... (dgn nada x perasaan)
Aku: ******* (terbakar) *** Tu la ko tadi aku tanya bagus2 ko kasar2 sama aku, kan kalau ko bagi tahu aku awal2 aku boleh bayar cash ne bill.. ne mo 1jam setengah da aku tunggu kalau aku tidak tanya myb bisuk baru ko bg tahu kan, lain kali cakap tu biar la sopan sikit, (sambil menahan suara supaya orang lain  tidak dengar - takut dia malu nanti... )


Nurse tu**&&**&**&*&&& (myb dalam kepala dia kan coz dia diam2 terus selepas aku ckp) Aku dgn muka selamba duduk balik d kerusi (masa ne ilang rasa sakit) tidak lama selepas tu myhubby pun dtg tnya belum lagi, aku da buat muka mencuka masa tu, terus dia g counter bertanya, aiks heran palk dgn lelaki bukan main lembut lagi bercakap (berfikiran positif myb dia berubah selepas kena fire dari aku kali)......

apa2 pun story diatas sebagai pengajaran buat aku dan org2 yg mbaca ne, hehehe amalkan la budaya berbudi bahasa ketika bercakap dgn org  lain, karang tak patut2 kena fire.. hehehe aku pun bukan sopan sangat kalau bercakap tapi masih aku boleh bezakan bercakap dgn klient macam mana..bercakap dgn org tua mcm mna, bercakap dgn kawan mcm mana...

aku juga mo mohon maaf la ma nurse tu kalau aku mbuatkan dia terBlur terus masa tu.. mmg nmpk sangat blur dia mcm org ilang tujuan terus ne.. emmmm sabar ja la k, myb kalau bukan aku yg tegur org lain akan buat lagi teruk kan.. so'AMALKAN BUDAYA BERBUDI BAHASA"




Selasa, 24 Januari 2012

Peta Hidup

Assalamulaikum....

 link ne aku dapat dari FB Ustaz Nasir..
disini aku nak kongsi bersama2 sebagai tatapan kita,
fikirkan dimana kita berada sekarang dan yang akan datang
ini membuat hati aku terdetik keinsafan... "Ya Allah sesunggunya aku 
tidak sanggup ke neraka Mu dan aku x layak ke syurga Mu..."




Rabu, 18 Januari 2012

Air rebusan mee




"mee maggie cepat dimasak, sedap dimakan"


Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

"Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera," ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

"Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang," tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. "Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain," tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.






Dosa Di Facebook

 "Jom kita baca ramai2 kenyatan dibawa yang boleh di jadikan ikhtibar bersama-sama. Memang betul tanpa kita sedar kadangkala kita membuat dosa di alam maya. YaAllah Ampunkanla dosa-dosa kami.. amin."


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Hilangkan rasa mengantuk ketika berkerja


Di sini aku ingin berkongsi tips untuk hilangkan rasa mengantuk atau penat mahupun bosan setelah bertungkus-lumus melakukan tugas, anda boleh mengamalkan tip-tip dibawah:

  1. Alihkan perhatian anda dari terus menurus mengadap komputer, cuba perhatikan keadan sekeliling. Kalau boleh pandang lah benda2 hijau supaya mata lebih merasa segar. (jgn sesekali pandang benda lain berwarna hijau nanti x pasal2 mata yg hijau)
  2. Kalau tidak berjaya cuba bercakap dengan orang sebelah anda.kalau anda tidak bercakap dgn org sebelah cuba cari makcik cleaner dia pasti free tuk berborak,  berbual kosongla dalam 2-3minit (jgn bergosip sudah nanti tambah dosa)
  3. Jika tips di atas masih belum berkesan menghilangkan rasa mengantuk dan bosan anda, cuba bermain sesuatu dalam pejabat anda (golf ka, dat ka kalau ada, jika tiada cuba la bermain game sebentar jgn berjam2 pula nanti kerja tak siap2)
  4. Cuba ke pantry buat secawan nescafe (kalau ada "kopi tenom buatan macik siti" mcm kat pejabat kami ne lagi bagus)
  5. Sekiranya kesemuan tips diatas masih tidak berkesan maka anda ini tersangat lah mengantuknya atau penat yang amat sangat (anak demam yak) jalan penyelesaian lain yang aku nasihtkan sila tidur sebentar di kerusi anda atau ke surau untuk keselesan kalau tak boleh minta kunci kat makcik cleaner tidur kat stor sebentar.(pas tu su makcik tu kejutkan dalam masa 30minit if ada bos klu x ada ambil masa lebih sikit) ;D

Selasa, 17 Januari 2012

I Really Your Girlfriend





Kenapa lelaki susah nak mengaku ada GF?
Kenapa perempuan suka kalau orang tahu siapa BF mereka?



Berfikir

Pagi2 ne tgk kalendar atas meja, hemm..hemm nampaknya panjang juga cuti CNY ne ada 4 ari jg aku free. Sebut pasal cuti terus ingat nak merehatkan diri, minda dan emosi. Di sabah x paya pening2 mau fikir tempat menarik mmg banyak dari gunung ke laut dari laut ke hutan semua ada. Mahu tahu kita ja nak ke mana?. mmg x plan lagi la cuti ne, cz aku tahu c abg mesti kerja punya la masa tu.. so aku terpaksa bergerak solo la bring myboy holiday.. tapi ke mana ya? last2 balik kg tuaran la jg kita nak.. hehe.

Berfikir dan terus berfikir mencari tempat ke mana best lepak bercuti bersama anak tersayang..

Hikmah Sabar

Di dalam surah al-mulk, Allah menyatakan bahawa dia menciptkan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. dalam hidup menusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian bentuk kesenangan/kemewahan.Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu hikmah yang sangat besar.


Nabi bersabda نَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ  Bermaksud: Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran dan Allah S.W.Tdan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.
Wallahu ‘a’lam

"abis ja baca artikal diatas terus aku menarik nafas panjang... bukan apa kerana aku merasa lega sangat2 x tahu la napa,. dan aku cuba untuk menjadi sesabar mana yang boleh di dalam menghadapai setiap ujian dari Allah S.W.T. amin.."

Isnin, 16 Januari 2012

Bersyukurla apa adanya kita

Kenapa ba orang suka sangat jadi orang lain, tadi pagi di lampu isyarat bersebalahan lah dengan 1 mamat yang cofirm trip* noh hujan, rambut mcm noh hujan, dengar lagu noh hujan, tapi bila tengok kenderaan dia dan stiker yang melekat di kereta dia *adalah… kenapalah orang ne jadi begini..tidak salah sebenarnya, tapi terfikiran sejenak..bukan setiap insan diciptakan oleh allah tu mempunyai kelebihan masing masing ka...kan bagus jadi diri sendiri... kadang ada orang trip* ahli sukan la, ada trip* artis la, rambut kasi ikut tu orang yang diminati, cara cakap di tuis pi cara tu orang, cara berfesion mau yang mcm tu orang jak, apa hall ah mcm ituw… sebab tulah di akhirnya nanti orang ini buntu haluan hidup dia… lost and loser, sebab hidup dia berpaksikan diri orang lain. yakin lah diri sendiri, setiap orang ada kelebihan yang tuhan bagi, cari potensi diri ..kadang ada orang manis senyuman, kadang ada orang pandai main gitar, kadang ada orang pandai melukis, pandai menari, pandai mengaji, pembersih, sikap rajin, sikap pemaaf...semua itu adalah potensi, kadang kala percaya atau tidak gemok juga satu kelebihan diri, jari 6 juga satu kelebihan pada diri, kulit hitam juga satu kelebihan, rendah juga satu kelebihan diri dan banyak lagi kekurangan (yang orang selalu namakanlah..) sebenarnya adalah satu kelebihan. Bersyukur kita ada kesemua panca indera kita. Sempurna, sihat. Jangan kalah dan hilang keyakinan hakikat siapa sebenarnya kita. Kalau orang cakap kita ndak hansem ya…terima hakikat, sebab kadangkalah orang melihat hansem dan cute nya seseorang tu bukan pada MUKA, tapi pada gaya, sikap, betapa manisnya cara kita melayan dan bergaul dengan orang. Sana pukulan dia, kadang kita rendah..malu sama orang tinggi, maka banyak perempuan tinggi cari kita kenapa..murah rezeki katanya. Siukkan. Banyak lagi….Allah itu adil kawan, jangan jadi orang lain. Cuma belum jumpa potensi, carilah…jangan trip artis. Masalah nanti ko tu kalau tu artis ada masalah..hihihihi



Ahad, 15 Januari 2012

13 Alasan Wanita Enggan Tutup Aurat


Jom Baca ramai2 alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat, ini sebagai rujukan dan panduan kita bersama, aku sharekan ini pun tuk tatapan dan renungan bersama-sama.





1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Mencucikan Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a .
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur .
3. Solat taubat.
4. Membaca Al-Quran.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari .
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif .
7. Program minda/cuci minda.
8. Berpuasa.
9. Cuba ingat tentang mati .
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb).



Selamat Membaca !!!! (^_^)

(Video) Biografi Dato CT Nurhaliza on Channel History



Biografi CT Nurhaliza yg aku sharekan dari youtube tuk tetapan bersama.. Wow!! pahit manis perjalan seni yg dilalui olh dato CT kan, tapi tu semua kehidupan.... teruskan menonton k..




Selasa, 10 Januari 2012

Jangan Silap Memilih Kasut





Gambar hanyala hiasan

MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?

Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai ‘kasut pembunuh’ kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik. 

Kasut tumit tinggi 

Masalah: Sama ada tumit ting�gi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehing�ga boleh membuat�kan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu ke�adaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar. 
Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa 
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebab�kan risiko pergela�ngan kaki terseliuh. 

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu. 


Kasut tumit halus 

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh me�nyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin. 

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan risiko jatuh. 


Kasut tapak rata 

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan). 

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif. 


Selipar 

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada 
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk. 

Apa yang lebih membim�bangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi). 

Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki. 

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki. 


Kasut tebal dan baji 

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumit�nya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari. 


Kasut runcing di depan 

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebab�kan masalah bunion pada wanita. 

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan. 

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari. 


Salah saiz 

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh me�nyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar. 

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki. 
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan.





P/S: TQ btmmari.blogspot.com Nak sharekan dgn wanita2, gadis2 dan perempuan tentang tip memilih kasut, aku rasa ianya membantu kita so aku copy and paste la kat blog aku bagi tetapan semua..

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Gambar Hiasan Saja


Ustaz Dasuki Menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia.. iaitu:

  1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menagis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam air (x faham betul maksudnya, myB air panas x boleh dibuang kedalam  bekas yg ada air kali kan)
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.. (memang seram pun)
  8. Perasan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu Betengkar suami isteri
  10. Terlampau marah (uiks susah ne aku jenis cepat marah tapi cepat jg redah)
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Menghadiri majlis yang melelekakan tanpa menyebut nama Allah
  14. Perempuan suka bersolek (upsss ne lagi parah... tapi solek sikit2 ok ba kan.. jgn lbh2 mcm RCW)
  15. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  16. Jin jatuh cinta pada manusia (percaya...percaya)
  17. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir (if tgk move hantu?)
  18. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir (bagi org muslim)
Beliau jg memberitahu beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar untuk tidur malam, hati berdebar-debar terutamanya pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang manakutkan spt melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dgn ganguan jin. (so klu bermimpi ular tu jgn ingt jodoh nak sampi, ada org dtg meminang hehe)
Selesema berpanjangan jugan dikaitkan dengan ganguan makhluk halus selain malas berzikir dan bersolat , katanya selain itu manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar di kesan oleh doktor (jadi percaya selain berubat dgn doktor kita harus jg berusaha cara perubatan lain jika penyakit kita itu tidak pandai sembuh)

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri telinga berdesing atau mendengar kata2 suruhan tertentu.. (ba ingt jgn pandai2 ckp terima wahyu)


Jumaat, 6 Januari 2012

Erti Sebuah Persahabatan


Assalamulaikum
Lokasi : Opis yg sunyi
Mod : Mgantuk



Petang2 mcm ne tiba2 terfikir tentang "erti persahabatan" apa maksud persahabatan pada kmu org?? setiap org myb mpunyai pelbagai tafsiran  maksud d atas.

Bagi aku ,

Sahabat adalah sesorang yg rela mberitahu kesalahan kita (seperti cermin pada kita) yg menegur kita bila melakukan kesilapan. Yang ada saat kita senang dan susah. yg menyentuh perasan dan memberikan kehidupan yg sebenar pada kita..

Sahabat sejati bkn yg slalu dcc, tapi seorg yg slalu diingati dalam bisikan doa di malam hari, mnasihati dikala lupa diri dan yang menemai dkala sunyi bersama2 berjuang mcari redha illahi.


A good friend is hard to find , hard to loose and impossible to forget 


The secret to friendship is being a good listener .


A true friend is the greatest of all blessings. (:





Tapi zaman sekarang susah tuk kita mencari sahabat sejati, kawan ramai dan senang dicari tetapi sahabat sejati sukar dicari.Sukar tuk mpercayai teman2 yg ada dcc...




Khamis, 5 Januari 2012

Today

Lokasi: opisku yg sejuk..
Mod: Sibuk/ rezeki mari

Asalamulaikum...

semalam tetiba plak myhubby bawa cari buah durian, mother in low n myhubby g beli la 11kg nyam2x dlm 10 bijih.. nyamam ne makan durian.. makan2 x sedar makan 2bijih,.. tym tdo tu panas ja badan "na apa ko rasa oren??" tapi x apa janji durian hihi..

pagi ne aku bring myBoy g klinik biasala review x sangka 4bulan da anak aku ne.. alhamdulilah sihat. pas klinik aku terus g keja dalam jam 1130pg sampai opis, baru dduk da kena bawa g lunch d luar.. rezeki lagi.. plg dari lunch terus menyibukkan diri dgn keja2 opis mana nak siapakn doucment tuk collect s. waste "felda" seluruh sabah.. mmg terbzy sangat.. telefon tepi meja aku ne pun x bhenti berbunyi semua panggilan dari felda biasalah bila kilang da nak audit sibuk terus mtelfon minta lasen2 minta itu dan ini.. tapi apa boleh buat layan ja la.. da kerja kan.. janji kerja kita halal..



Selasa, 3 Januari 2012

Happy New 2012


Nak wish juga happy new year wlpn hari ne masuk hari yg ke4.. 4hb January 2012.. 

Moga2 tahun ne mbawa seribu kebaikan, kebahagian da kesihatan pada me n my famly.

Perkara buruk terjadi 2011 dijadikan p'gajaran dan sempadan dan yg baik di jadikan tauladan..

Semoga Seribu Sinar kebaikan muncul pada tahun 2012..

Isnin, 2 Januari 2012

Tips Begaul Dengan Orang Yang Tidak Disukai

Stress kan bila kita terpaksa berhadapan dgn org yg kita kurang senangai, di mana benda ini boleh berlaku sama ada di pejabat atau luar pejabat, dalam bas atau luar bas, dalam rumah atau luar rumah (yg penting d mana kmu berada org tu jg ada) so caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan yg kmu mahu berbaik2 dgn org tu, pastu tenangkan diri, lafazkan niat sekali lagi (bukan lafaz talak ,ok!) diiringi dgn ktenangan, katakan "aku mo bbaik-baik dgn ne org ne, aku mo rasa senang dgn dia" dan lepas berapa minit kta akan perasan yang org tu akan berbaik2 ja dgn kta walaupun hakikatnya kta kurang senang dgn org tu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau dia pernah bergadu atau marah kmu sehingga kta merasa kurang enak berdekatan dgn dia..

Contoh mcm aku sllu x senang hati dan x suka dgn org atasan bila dia ada di  pejabat aku mula nak rasa stress dgn khadiranya, aku terus gunakan cara di atas pasang niat nak berbaik2 dan tenangkan diri relex dan terima semua arahanya, wlp pn kadang luar bidang skop keja kita. 

Minda separa sedar kta suda berkerja cukup baik dlm keadan emosi tenang, bila kita da pasang niat baik2 dgn sesorg. bila kta da berniat d hati ia akan naik ke minda separa sedar. kta perlu btenang utk memudahkan niat tu di serap masuk dgn mudah, proses ini akan gagal bila kta x tenang semasa melakukanya. maka wujudnya golombang positif d otak kita.

Bila golombang positif sudah ada maka dari otak terlepas ke sekeliling kita dan diserap masuk oleh org yg anda kurang senangi itu dan masuk ke dasar hatinya, dari situ akan mempengaruhai emosinya, kata2 dan perbuatan.
Hatinya akan mpengaruhi emosinya, dia mula merasa senang dgn kta wlp pn sebelum ini dia jg ada perasan kurang senang dgn kta Ini cara bagaimana kita menjangkit perasan positif pd org lain d sekitar kita. puncanya adalah kta semuanya bermula daripada kita sama ada nak berbaik2, maka kita kena baik hati, kena pasang niat berbaik2 dgn org tu.
untuk melaksanakan buang dalam hati kta segalah kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. sebab kalau ada pun sedikit perasan ini d hati kta tidak akan gagal untuk mencuba teknik tadi serta merta.

banyak2kan mengamalakn istighfar, memohon ampun pada Allah kerana kta berisiko untuk menyakiti org lain dgn merasa benci dgnnya atau tidak suka dgnnya secara tidak segaja tanpa kta sedar. Allah juga x suka org yg benci-membenci, kesannya kta kemurkaan, musibah dan balasan dari Allah atas perbuatan kta.. Maafkanlah kesalahan org  lain pada kta. KENAPA PULA??!! suapa hati kta bersih sentiasa, bila hati sudah bersih kta senang untuk bergaul baik dgn org2 sekeliling dlm apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dgn kta.

Perlula kta mjaga kbersihan hati dan kepositifkan fikiran supaya kita boleh "ngam tune", "masuk ja" dgn sesiapa.. cz klu kta merasa benci dgn sesorang automatik org yg kta benci akan mbenci kta jg krn dia akan merasa kurang senang dgn tiba2, puncanya kta benci dia dlm hati..NAMPAK KAH KESANNYA? "Inilah sebabnya kenapa kita perlu belajar bagaimana mengemudi hati"

P/S: Tips d ambil dari blog Pemaniskata.. 


aku da try tips diatas, alhamdulilah setakat ne berhasil. rasanya x rugi tuk aku maafkan org yg aku x suka kerana setelah memaafkan kita mula merasa tenang.. tapi aku faham x semua org dapat menghadapi org yang kita xsuka setelah apa yg org itu lakukan kepada kta, tapi percaya la berfikiran positif , kawal emosi  agar tidak memburukan diri sendiri dan ingat kesan yg akan Allah akan berikan pada org yg benci-membenci. Maafkan ja la dan kita ambil semua tu  sebagai pgajaran d masa hadapan, dan ingat kita pun manusia biasa yg x lari dari melakukan kesilapan, tanpa kita sedar atau tidak kta telah menyakiti hati org lain.. tanamkan dalam hati sifat ikhlas dalam pergaulan tak kira d mna... bye..bye..