Isnin, 23 April 2012

Di Sebalik iTu...

ASSALAMULAIKUM



Apa kabar semua, dalam post yang lalu aku ada cerita nak pi interview kan,.
Entri kali ini aku nak cerita sepanjang masa yang aku nak pi interview tu, macam-macam kejadian berlaku..

Pagi macam biasa aku masuk opis dulu sebab aku tak apply pun cuti masa tu, dalam jam 10 aku keluarla pi interview sekali dengan fara, memang kami berdua di panggil interview masa tu jadi da rancang sekali jalan jimat minyak kereta fara.. aiks salah yala menjimatkan kos la masa tu..

Sampai Wisma aku pun call Puan N tanya tingkat berapa and cari siapa untuk interview tu, "tingkat 12 terus cari company ....TUT..(maaf atas sebab2 tertentu nama company tu aku rahsiakan).. sebelum nak lift, fara ajak pi tandas dulu (nak makeup la ne dalam hati), masa masuk tandas tu aku da perasan kenapa tandas "perempuan" ne berasap yerk,. tercium plak bau rokok.. arrgs ada yang merokok ne tapi semua tu dalam hati. masa menunggu giliran untuk masuk tandas ada la seorang minah cina ne siap tutup hidung lagi dan bagi isyarat ada orang meroko kat dalam tu, dan aku hanya mampu senyum kerana mukanya sangat lucu dan dalam kepala aku masa tu mahu saja membalas bahasa isyaratnya tu macam iklan"TAK NAK MEROKOK" tu. Aku berpaling menghadap cermin dan membetul2 kan tudung yang memang da betul, masa mata menghadap cermin aku terdengar salah satu pintu tandas berbunyi, ada orang yang nak keluar.. OPPPSSS!!! punyala main terperanjatnya kami yang ada kat luar tu... OMG!!! rupa2 yang berasap tu seorang lelaki yang salah masuk tandas wanita.... wakakkakaka pecah juga ketawa aku dan fara.. bukan itu saja minah cina yang aku ceritakan itu pun dengan pantas keluar dan memberitahu kat counter depan tandas tu ada lelaki masuk tandas perempuan.. Aduis rasanya malu sangat mamat tu kan.. hari itu merupakan hari bersejarah untuk dia.

Aku dan fara pun naik la lift ke level 12.. sampai ja kami tengok macam2 nama company disitu.. "kak tu pintu company ...TUT., jom kita tengok opis dorg mcm mna". masuk ja terus muka kami berubah.. mata bertentang mata tapi masing2 masih boleh bersikap selamba.. isi borang dan duduk menunggu.. sambil menunggu tu aku dan fara pun mula da berkuis-kuis kaki, berisyarat muka.. akhirnya terkeluar dari mulut fara "kak, nyak ku lum kerjo metu kak nyak ru'un IT" (maaf dalam bahasa BAJAU).. aku pun apa lagi ketawa dan membalas.. "mahu kena ajar 5s dorg ne fara".. ketawa lagi.. "kak kerusi dorg tegak betul kak, kerusi tempat mesin copy kita" ketawa lagi... "fara on GT d HP mo kabarkan dgn kak mun ne".. aku pun berGTla dgn kawan kat opis.. lama2 kami menunggu tu datangla seorang perempuan memberitahu "kamu boleh dtg jam 1, cz bos kami mahu keluar sekejap". kami buat muka happy.. ok...

Masa menanti jam 1 kami habiskan dengan meround di shopping mall.. Jalan punya jalan baru teringat.. "jom fara temankan kak check mata, mahu buat spek ba ne".. "jom la kak ada kedai murah sini" .. Cuba try test bingkai kat kedai tu "ya yang ini sesuai kak, ngam!!" check degree mata "mata u ne da rabun sangat ne, silau pun tinggi kalau malam u jgn bawa kereta k " dengan hati yang kecewa.. aku da termasuk dalam golongan orang rabun la ne.. tidak apa la buat ja lah daripada sakit kepala memaksa mata untuk melihat itu dan ini..

Jam 1 kami pun naik balik ke tingkat 12, masa tu ada la beberapa orang juga yang datang interview, kerani kat opis tu pun panggil antara kami, dengan pantas aku cakap fara dulu,. hehe fara pun pi la masuk untuk interview, aku macam biasa melihat reaksi orang yang datang untuk interview hari tu ada yang datang dengan  
fasyen nak bersantai siap ada spek mata hitam besar lagi. ada budak ne bawa setebal-tebal sijil2. yang aku dan fara hanya bawa 3keping resume saja.. hehehe sebab bos dorang juga cakap tak payah bawa just bawa resume saja.. bila fara keluar aku pula masuk..

aku masuk dan perkenalkan diri sambil senyum2 bukan apa rasa lucu sebab tukang interview ne memang kenal dengan aku mana tidaknya selalu berkerja sama dalam menghatur shipping SW hehe.. dia pun cerita serba sedikit tentang company.. seperti yang aku ckp company dorg ne besar seluruh asia tu, and tanyala pengalaman aku kerja, dan bertanya tentang Puan N kami.. (ne termasuk dalam soalan interview ka ne tauke)  dan dia cakap i offer u kerja sini dengan gaji bla..bla..bla.. kerja 5 hari seminggu. (tauke tu gaji boleh kasih  UP lagi ka dlm hati lagi) aku tersoalan tu tauke bos, up sikila gaji, baru ada cerita,. dia pun senyum2 kambing u tiada pengalaman tentang shipping, (hello tauke bukan ka kita selalu berjumpa pasal shipping mo lari la tu) yes u ada basic shipping but basic only pasal salary tu semua pun dari HQ kami di singapore.. Oh..Oh angguk tanda faham.. Kalau u di terima sini berapa lama u boleh berhenti kerja ada sebulan ka", No la tauke 2 weeks ja.. ok..ok.. (dalam hati sorryla tauke,  if gaji u mcm tu better me bertahan dulu kat company me sekarang ne banyak lagi kelebihan yang me dapat.. bye..bye tauke) ok nanti saya call u la ya.. ok.. aku pun keluar...

Sepanjang perjalan pulang ke opis aku dengan fara ketawa ja dalam kereta bercerita itu ini yang terjadi.. tapi "ADAKAH KAMI TERLALU MEMILIH?TERLALU SELESA?DAN ADAKAH COMPANY SEKARANG INI TELAH MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KAMI??" itu soalan yang bermain di kepala aku tapi aku simpan saja.. ya la kira sekarang ne aku betul2 selesa dengan kerja aku. mungkin biasalah tekanan di tempat kerja itu perkara biasa.. cuma aku takut "stress" kerana stress adalah punca semuah penyakit seperti jantung, strok dan lain2.. Pandai tak aku?... wakakakaka..

Inila kenangan terindah yang aku lalui bersama fara semasa berinterview tu.. Puan N terima kasih ya kalau ada lagi kerja kosong jangan lupa bagi tahu....

Bye2 semua...

Khamis, 19 April 2012

Interview

ASSALAMULAIKUM



Doakan aku ya.. esok aku ada interview kat syarikat yang meyedikan perkhidmatan logistik kargo.. aduis berdebar-debar juga rasanya biasala siapa yang tidak berdebar masa interview.. macam mana ini aku tidak bergitu yakin tapi sangat mengharap hehehe.. bukan apa sekarang ne pun sudah ada kerja kan tidak yang kurang tapi sebagai manusia kita kena cari kelebihan.. 

Sebelum pergi interview kita kena tahu juga kan latar belakang company yang kita nak masuk ne jadi aku pun search la di google nama company tu.. bukan main terkejut lagi aku WOW company besar ne seluruh asia. Terus rasa dada pun bedebar kencang bukan apa keyakinan aku berkurangan hehehe... lagipun company tempat aku bekerja sekarang ne mempunyai bidang yang berbeza Gas and Oil and company Shipping.. hehehe tapi satu kelebihan dengan aku kalau lah aku dapat kan.. amin..amin mudahan lah Allah membuka rezeki untuk aku kali ini.

Apa-apa pun aku akan cuba bagi yang terbaik, kalau tidak dapat mungkin rezeki itu bukan untuk aku, mungkin untuk orang yang lebih memerlukan dari aku.. dan percaya ada hikmah di sebaliknya.. aku suka kerja tu bukan apa selain kelebihan pada gaji, dekat dengan rumah dan kerja 5ari seminggu hehehe... itu yang best tu..


Selasa, 17 April 2012

Tak tahu nak berceloteh apa..

ASSALAMULAIKUM



Lama rasanya tidak update story kat blog ne, sebenarnya rindu juga nak buka blog tapi sibuk yang memanjang mematikan niat aku untuk "berceloteh", saat jarijemari ne menaip huruf-huruf pun idea di kepala tiada lagi.. tak tahu nak cerita dan kongsi apa untuk entri kali ne.. ok la kali ne pun aku nak bercerita lagi perkembangan pembesaran anak aku Muhammad Izz Haikal..

Pada 15april tu genab la si manja Haikal ne 7bulan, semakin meningkat usianya semakin banyak benda dipelajari, menoroka setiap sudut.. sekarang haikal sudah mula merangkak memang masa untuk diperhatikan setiap saat, takut-takut kalau tersilap pandang, biasalah anak-anak kecil setiap apa yang disentuh akan dibawa kemulut.. sangat-sangat perlu diperhatikan. bila letak di dalam baby walker mulalah nak menarik itu dan ini. sampai semuah lapis meja dan kerusi kat rumah mak mentua aku, kami alihkan sebab haikal rajin nak berkemas.. Comel bila diperhatikan, terkadang lucu pun ada juga..

Cepatnya anak ibu besar dan sebagai ibubapa sememangnya kita menantikan saat ini untuk melihat anak-anak membesar di depan mata.. "segalah pujian dan syukur ku panjatkan pada mu ya Allah" begitu besar dan indahnya saat-saat ini aku rasakan.. dan sebagai anak aku merasa insaf kerana betapa besarnya pengorbanan ibubapa kita saat membesarkan kita. "Ya Allah panjangkanla usia ibubapa ku, berikan mereka kesihatan yang baik, ampunila dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kami" amin...




Selasa, 3 April 2012

BAD Day

ASSALAMULAIKUM


Apa kabar semua... harap2 sihat la yer.. aku alhamdulilah syukur masih diberi kesihatan yang baik dariNya..
Tapi hari ne 4/4 adalah hari yang kurang ceriah pendek kata BAD day la ada ja benda yang menyakiti hati aku.
Lepas serapan di pantry opis ari ne tiba2 plak dgr cerita yang membuatkan maruah orang yang di tuduh jatuh.. panas.. panas walaupun bukan aku tapi aku sangat-sangat tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan, kerana tidak ada bukti dan logiknya.. kalau pun berbukti dan logik bagi mereka tolongla menugur tu dengan cara yang betul bukan dengan menjatuhkan maruah orang..  orang yang menugur ne memang tiada adat dan tidak tahu menjaga maruah orang lain.. ini cerita pertama..
cerita seterusnya yang membuat aku hilang mood untuk berkerja iaitu kesilapan orang lain tapi aku yang di marah.. aduis telan air liur ja la dengar pas tu tarik nafas panjang-panjang takut terlawan pula tidak pasal-pasal jadi isu lagi sudah la aku mahu memperbaiki jati diri dan kurangkan panas baran ne, macam-macam pula ujian mendatang.. Ya Allah tetapkan lah iman ku...

Ada juga kebaikan yang aku dapat dari kejadian hari ini.. setiap apa yang kita lakukan kita kenalah berhati-hati. Jangan percayankan sesiapa pun.

Ok lah terlepsa jg 40% marah dalam dada ne bila menulis di sini tidak kira la di baca atau tidak..