Khamis, 24 Mei 2012

Rumah TerbalIk


ASSALAMULAIKUM

Jom Tgk Gmbr Kita Org Di RumaH TerBaLiK dI SaBaH, DaEraH TaMPalUrI...



Rabu, 23 Mei 2012

Politik Pejabat

ASSALAMULAIKUM




Pa kabar kmu semua,. ne ceta pasal perHal Pejabat, tempat kerja kmu orang macam mana ? tempat yang menghiburkan kan atau tempat yang menyeksakan.... 


Semestinya kita nak pejabat kita tempat yang menghiburkan kan,.? maksud menghiburkan itu bukan la tempat berhibur... tapi tempat d mana kita HAPPY nak berkerja, berkerja sama dan saling bantu membantu... 


Ada pula tempat kerja seperti tempat penyeksaan untuk kita.... ini bukan seperti bilik penyeksaan kat penjara yerk,. contoh tempat kerja yang macam ini adalah tempat dimana pekerja-pekerjanya saling dengki antara satu dengan yang lain, tiada pesefahaman antara satu..


Tapi dalam pengalama aku berkerja dengan beberapa tempat yang aku pernah kerjala kan,. selalunya semakin ramai Wanita@perempuan yang ada dalam 1 pejabat semakin banyak politik yang berlaku... Percayakah atau tidak? serius ne, mmg betul la dalam kajian aku 98% berlaku politik pejabat kalau kebanyakan nya pekerja adalah wanita. yala kan wanita penuh dengan sikap suka BERGOSIPnya, belum cerita bertanding2 hal2 lain lagi, yang ne aku malas nak kupas...


Tetapi selama aku kerja kat satu Company tu rata-rata rakan kerja aku adalah LELAKI, tiada pun terjadinya hal2 itu dan ini.. sebab lelaki kebanyakannya x suka bergosip.. tidak seperti perempuan ne yang didepan cakap lain belakang cakap lain, di depan memuji di belakang megutuk, di depan baik di belakang menikam.... 


Ya.. biasalahkan ragam manusia berlain-lain.. tapi aku yakin aku tetap aku... seperti yang aku cakap selalu jangan saja 'AKU DIKACAU" sebab apa aku kalau marah meletup... hehehe lagi satu Tua betul da diri ini mo rasa gadu2 pasal hal Pejabat ini.. TAPI AKU ULANGI JANGAN AKU DIGANGU....






ok la semua aku pun sudah jauh merepek ne...... 


tata..titi..tutu.. BYE..




LUV U ALL


SALAM SYG.....


ME




PfieFadzillaHSaidiNIbUSiMUhamMadIzZHaikal.....

Isnin, 21 Mei 2012

Belajar Bahasa Sabah (Tawau)

ASSALAMULAIKUM



Selamat Menyambut Bulan Rejab

ASSALAMULAIKUM

Selamat Menyambut Bulan Rejab... Dan Selamat Menunaikan Puasa Sunat tu selamat BerPuasa...
Marila kita sama2 menyambut sambil membaca Doa Menjelang Bulan Rejab..





Masuk sudah bulan rejab tak lama lagi bulan syaaban dan bulan ramadhan.. Ya Allah cepatnya masa berlalu.. saat yang aku nantikan adalah bulan ramadhan semoga di panjangkan umur,. bukan apa ketenangan dan kedamaian pada bulan ramadhan itu yang aku cari-carikan... 

Selasa, 8 Mei 2012

Untuk Kaum Wanita

ASSALAMULAIKUM


TAKUTNYA SIKSA ALLAH SUBHANA WATA'ALA (@_@)"

(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)
Assalamu'alaykum warahmatullah hi wa barakaatuh


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Isnin, 23 April 2012

Di Sebalik iTu...

ASSALAMULAIKUM



Apa kabar semua, dalam post yang lalu aku ada cerita nak pi interview kan,.
Entri kali ini aku nak cerita sepanjang masa yang aku nak pi interview tu, macam-macam kejadian berlaku..

Pagi macam biasa aku masuk opis dulu sebab aku tak apply pun cuti masa tu, dalam jam 10 aku keluarla pi interview sekali dengan fara, memang kami berdua di panggil interview masa tu jadi da rancang sekali jalan jimat minyak kereta fara.. aiks salah yala menjimatkan kos la masa tu..

Sampai Wisma aku pun call Puan N tanya tingkat berapa and cari siapa untuk interview tu, "tingkat 12 terus cari company ....TUT..(maaf atas sebab2 tertentu nama company tu aku rahsiakan).. sebelum nak lift, fara ajak pi tandas dulu (nak makeup la ne dalam hati), masa masuk tandas tu aku da perasan kenapa tandas "perempuan" ne berasap yerk,. tercium plak bau rokok.. arrgs ada yang merokok ne tapi semua tu dalam hati. masa menunggu giliran untuk masuk tandas ada la seorang minah cina ne siap tutup hidung lagi dan bagi isyarat ada orang meroko kat dalam tu, dan aku hanya mampu senyum kerana mukanya sangat lucu dan dalam kepala aku masa tu mahu saja membalas bahasa isyaratnya tu macam iklan"TAK NAK MEROKOK" tu. Aku berpaling menghadap cermin dan membetul2 kan tudung yang memang da betul, masa mata menghadap cermin aku terdengar salah satu pintu tandas berbunyi, ada orang yang nak keluar.. OPPPSSS!!! punyala main terperanjatnya kami yang ada kat luar tu... OMG!!! rupa2 yang berasap tu seorang lelaki yang salah masuk tandas wanita.... wakakkakaka pecah juga ketawa aku dan fara.. bukan itu saja minah cina yang aku ceritakan itu pun dengan pantas keluar dan memberitahu kat counter depan tandas tu ada lelaki masuk tandas perempuan.. Aduis rasanya malu sangat mamat tu kan.. hari itu merupakan hari bersejarah untuk dia.

Aku dan fara pun naik la lift ke level 12.. sampai ja kami tengok macam2 nama company disitu.. "kak tu pintu company ...TUT., jom kita tengok opis dorg mcm mna". masuk ja terus muka kami berubah.. mata bertentang mata tapi masing2 masih boleh bersikap selamba.. isi borang dan duduk menunggu.. sambil menunggu tu aku dan fara pun mula da berkuis-kuis kaki, berisyarat muka.. akhirnya terkeluar dari mulut fara "kak, nyak ku lum kerjo metu kak nyak ru'un IT" (maaf dalam bahasa BAJAU).. aku pun apa lagi ketawa dan membalas.. "mahu kena ajar 5s dorg ne fara".. ketawa lagi.. "kak kerusi dorg tegak betul kak, kerusi tempat mesin copy kita" ketawa lagi... "fara on GT d HP mo kabarkan dgn kak mun ne".. aku pun berGTla dgn kawan kat opis.. lama2 kami menunggu tu datangla seorang perempuan memberitahu "kamu boleh dtg jam 1, cz bos kami mahu keluar sekejap". kami buat muka happy.. ok...

Masa menanti jam 1 kami habiskan dengan meround di shopping mall.. Jalan punya jalan baru teringat.. "jom fara temankan kak check mata, mahu buat spek ba ne".. "jom la kak ada kedai murah sini" .. Cuba try test bingkai kat kedai tu "ya yang ini sesuai kak, ngam!!" check degree mata "mata u ne da rabun sangat ne, silau pun tinggi kalau malam u jgn bawa kereta k " dengan hati yang kecewa.. aku da termasuk dalam golongan orang rabun la ne.. tidak apa la buat ja lah daripada sakit kepala memaksa mata untuk melihat itu dan ini..

Jam 1 kami pun naik balik ke tingkat 12, masa tu ada la beberapa orang juga yang datang interview, kerani kat opis tu pun panggil antara kami, dengan pantas aku cakap fara dulu,. hehe fara pun pi la masuk untuk interview, aku macam biasa melihat reaksi orang yang datang untuk interview hari tu ada yang datang dengan  
fasyen nak bersantai siap ada spek mata hitam besar lagi. ada budak ne bawa setebal-tebal sijil2. yang aku dan fara hanya bawa 3keping resume saja.. hehehe sebab bos dorang juga cakap tak payah bawa just bawa resume saja.. bila fara keluar aku pula masuk..

aku masuk dan perkenalkan diri sambil senyum2 bukan apa rasa lucu sebab tukang interview ne memang kenal dengan aku mana tidaknya selalu berkerja sama dalam menghatur shipping SW hehe.. dia pun cerita serba sedikit tentang company.. seperti yang aku ckp company dorg ne besar seluruh asia tu, and tanyala pengalaman aku kerja, dan bertanya tentang Puan N kami.. (ne termasuk dalam soalan interview ka ne tauke)  dan dia cakap i offer u kerja sini dengan gaji bla..bla..bla.. kerja 5 hari seminggu. (tauke tu gaji boleh kasih  UP lagi ka dlm hati lagi) aku tersoalan tu tauke bos, up sikila gaji, baru ada cerita,. dia pun senyum2 kambing u tiada pengalaman tentang shipping, (hello tauke bukan ka kita selalu berjumpa pasal shipping mo lari la tu) yes u ada basic shipping but basic only pasal salary tu semua pun dari HQ kami di singapore.. Oh..Oh angguk tanda faham.. Kalau u di terima sini berapa lama u boleh berhenti kerja ada sebulan ka", No la tauke 2 weeks ja.. ok..ok.. (dalam hati sorryla tauke,  if gaji u mcm tu better me bertahan dulu kat company me sekarang ne banyak lagi kelebihan yang me dapat.. bye..bye tauke) ok nanti saya call u la ya.. ok.. aku pun keluar...

Sepanjang perjalan pulang ke opis aku dengan fara ketawa ja dalam kereta bercerita itu ini yang terjadi.. tapi "ADAKAH KAMI TERLALU MEMILIH?TERLALU SELESA?DAN ADAKAH COMPANY SEKARANG INI TELAH MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KAMI??" itu soalan yang bermain di kepala aku tapi aku simpan saja.. ya la kira sekarang ne aku betul2 selesa dengan kerja aku. mungkin biasalah tekanan di tempat kerja itu perkara biasa.. cuma aku takut "stress" kerana stress adalah punca semuah penyakit seperti jantung, strok dan lain2.. Pandai tak aku?... wakakakaka..

Inila kenangan terindah yang aku lalui bersama fara semasa berinterview tu.. Puan N terima kasih ya kalau ada lagi kerja kosong jangan lupa bagi tahu....

Bye2 semua...

Khamis, 19 April 2012

Interview

ASSALAMULAIKUM



Doakan aku ya.. esok aku ada interview kat syarikat yang meyedikan perkhidmatan logistik kargo.. aduis berdebar-debar juga rasanya biasala siapa yang tidak berdebar masa interview.. macam mana ini aku tidak bergitu yakin tapi sangat mengharap hehehe.. bukan apa sekarang ne pun sudah ada kerja kan tidak yang kurang tapi sebagai manusia kita kena cari kelebihan.. 

Sebelum pergi interview kita kena tahu juga kan latar belakang company yang kita nak masuk ne jadi aku pun search la di google nama company tu.. bukan main terkejut lagi aku WOW company besar ne seluruh asia. Terus rasa dada pun bedebar kencang bukan apa keyakinan aku berkurangan hehehe... lagipun company tempat aku bekerja sekarang ne mempunyai bidang yang berbeza Gas and Oil and company Shipping.. hehehe tapi satu kelebihan dengan aku kalau lah aku dapat kan.. amin..amin mudahan lah Allah membuka rezeki untuk aku kali ini.

Apa-apa pun aku akan cuba bagi yang terbaik, kalau tidak dapat mungkin rezeki itu bukan untuk aku, mungkin untuk orang yang lebih memerlukan dari aku.. dan percaya ada hikmah di sebaliknya.. aku suka kerja tu bukan apa selain kelebihan pada gaji, dekat dengan rumah dan kerja 5ari seminggu hehehe... itu yang best tu..


Selasa, 17 April 2012

Tak tahu nak berceloteh apa..

ASSALAMULAIKUM



Lama rasanya tidak update story kat blog ne, sebenarnya rindu juga nak buka blog tapi sibuk yang memanjang mematikan niat aku untuk "berceloteh", saat jarijemari ne menaip huruf-huruf pun idea di kepala tiada lagi.. tak tahu nak cerita dan kongsi apa untuk entri kali ne.. ok la kali ne pun aku nak bercerita lagi perkembangan pembesaran anak aku Muhammad Izz Haikal..

Pada 15april tu genab la si manja Haikal ne 7bulan, semakin meningkat usianya semakin banyak benda dipelajari, menoroka setiap sudut.. sekarang haikal sudah mula merangkak memang masa untuk diperhatikan setiap saat, takut-takut kalau tersilap pandang, biasalah anak-anak kecil setiap apa yang disentuh akan dibawa kemulut.. sangat-sangat perlu diperhatikan. bila letak di dalam baby walker mulalah nak menarik itu dan ini. sampai semuah lapis meja dan kerusi kat rumah mak mentua aku, kami alihkan sebab haikal rajin nak berkemas.. Comel bila diperhatikan, terkadang lucu pun ada juga..

Cepatnya anak ibu besar dan sebagai ibubapa sememangnya kita menantikan saat ini untuk melihat anak-anak membesar di depan mata.. "segalah pujian dan syukur ku panjatkan pada mu ya Allah" begitu besar dan indahnya saat-saat ini aku rasakan.. dan sebagai anak aku merasa insaf kerana betapa besarnya pengorbanan ibubapa kita saat membesarkan kita. "Ya Allah panjangkanla usia ibubapa ku, berikan mereka kesihatan yang baik, ampunila dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kami" amin...




Selasa, 3 April 2012

BAD Day

ASSALAMULAIKUM


Apa kabar semua... harap2 sihat la yer.. aku alhamdulilah syukur masih diberi kesihatan yang baik dariNya..
Tapi hari ne 4/4 adalah hari yang kurang ceriah pendek kata BAD day la ada ja benda yang menyakiti hati aku.
Lepas serapan di pantry opis ari ne tiba2 plak dgr cerita yang membuatkan maruah orang yang di tuduh jatuh.. panas.. panas walaupun bukan aku tapi aku sangat-sangat tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan, kerana tidak ada bukti dan logiknya.. kalau pun berbukti dan logik bagi mereka tolongla menugur tu dengan cara yang betul bukan dengan menjatuhkan maruah orang..  orang yang menugur ne memang tiada adat dan tidak tahu menjaga maruah orang lain.. ini cerita pertama..
cerita seterusnya yang membuat aku hilang mood untuk berkerja iaitu kesilapan orang lain tapi aku yang di marah.. aduis telan air liur ja la dengar pas tu tarik nafas panjang-panjang takut terlawan pula tidak pasal-pasal jadi isu lagi sudah la aku mahu memperbaiki jati diri dan kurangkan panas baran ne, macam-macam pula ujian mendatang.. Ya Allah tetapkan lah iman ku...

Ada juga kebaikan yang aku dapat dari kejadian hari ini.. setiap apa yang kita lakukan kita kenalah berhati-hati. Jangan percayankan sesiapa pun.

Ok lah terlepsa jg 40% marah dalam dada ne bila menulis di sini tidak kira la di baca atau tidak..








Khamis, 29 Mac 2012

Alangkah susah mendapat kawan

Assalamulaikum





Alangkah susah mendapatkawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula 
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


Rabu, 28 Mac 2012

7'C Sebab Suami Benci Isteri





7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..

Khamis, 22 Mac 2012

Tips menghidu kecurangan suami

Asslamulaikum,

Oiiis,  lain macam pula tajuk kat atas kan, takut aku bila membaca but hari ne aku nak kongsikan cerita kisah rumahtangga, suami isteri la pulak, Ok... aku rasa tertarik denga tips hasil carian aku dari Google. rasanya eloklah sangat2 aku share dalam blog aku ne buat bacaan, tatapan dan peringatan kita bersama, pada pembaca yang belum kahwin, baca ja buat panduan entah esok lusa pasti kamu akan jadi bini orang kan.. okey2 jom baca..

1. Tahu tak siapa yang berpontesi menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja dan juga kekasih lama  (nak aku tambahkan disini kenalan facebook, hehehe)


2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami Myb masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, AWASLAH!!!! memang perasan cinta itu timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memberi RESPON @ MELAYAN suami anda..

3. Bila Suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil  kisah penampilan diri! ini menunjukkan si suami da mula ber perhatian kepada sesorang (pastinya bukan anda)


4. Telifonnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan, periksa sekali sekala handphonenya tu! kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. atau ada sms yang pelik, kadang itu adalah kod rahsia mereka berdua. (kalau da suami yang berbuat demekian pastikan HPnya di rendam ke dalam air..) :)


5. Suami pakai 2handphone atau lebih.. ini sangat2 perlu diragui, apalagi kalau handphone nya itu sering di offkan (pastikan kali kamu buang HP ke lautan dalam)


6. Suami mula dingin atas katil atau mula nampak kelemahan kita, sering cari kesalahan kita, mula buat komplen itu tak betul ini tak ngam atau pun buat muka masam..

7. Suami mula pelupa !... fikirannya celaru asyik ingatkan GF, jadi banyak benda dilupakan (perlula kita mengambilkan ubat anti lupa atau kembalikan ingatan si suami, mana tahu dia lupa yg dia telah beristeri dan menjadi ayah)

8. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2.. haa, ini baru mula menjalinkan hubungan

9. Kalau out station kita nak ikut , dia beriya-iya pujuk kita supaya tak payah ikut. mungkin dian dah janji dgn GF nak jumpa masa kat outstation (kalau suami yang tak kerja outstation myb dia akan memberi alasan keluar minum kopi dengan kawan2 lelakinya dan bila kita nak join tiba2 dia tak jadi jalan patutlah kita mencurigai)

10. Memberi perhatian lebih pada kita.. hal ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka. (baik ada makna tu, kesian pada kaum wanita kan)

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan GF. biasanya lewat malam tu boleh menimbulkan suasana romantis. (alasan nak menonton TV tapi HP asyik di tangan)

12. Mula teragap-agap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya tiba2 kenapa sekarang ne nak kemas ja nak begaya pakai minyak wange ja..

13. Mula tak berapa ambil peduli anak2 walaupun selama ini dia sangat mengambil berat pada anak2.

14. Rajin menghantar atau menbawa anak2 berjalan tanpa kita ini peluang dia untuk berhubung dangan GF.

p/s/s:kalau nak tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri pulak...DI SINI.dah tak nak curang-curang kan, eratkanlah ia... :)


Jangan sampi membawa haluan masing kesian kat anak-anak menjadi mangsa..



women was made from the rib of man
she was not created from his head to top

him,
Nor from his feel to be stepped upon
she was made from his side to be close to 
him,
From beneath his am to be protected by
him,
Near his heart to be loved by him



Ahad, 18 Mac 2012

Majlis Akikah & Potong Jambul

Assalamuaikum Semua..

Tengok tajuk pun mesti kamu orang faham kan apa yang ingin aku ceritakan kali ne.. 11/3/2012 hari itu majlis akikah dan potong jambul anak kesayangan aku MUHAMMAD IZZ HAIKAL, alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. Terima kasih pada sanak saudara, rakan kerja dan jiran-jiran yang hadir dan membantu melancarkan lagi majlis hari tu.. hanya Allah akan balas budi baik anda semua.. saksikan beberapa keping gambar tuk majlis hari tu..








Isnin, 12 Mac 2012

Kosong By Najwa latif With Lirik


Kau melihat diriku,
Seperti sesuatu, yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu, kau mendustaiku
kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku, sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatku rasa..
Kosong..kosong..
Setiap detik diperhatikan kau cari cara putar belitkan kau jadikan diriku...
Kosong..kosong.. oh...

Kini aku bangkit, Membukitkan yang ku tak sakit
Dengan sehala perit yang kau berikan kini aku pantas berjalan
bergerak ke hadapan dan akan ku buktikan 
siapa diriku yang sebenar...

Kosong..kosong..
Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa
Kosong.. kosong.. oh..

Setiap detik diperhatikan 
kau cari cara putar belitkan kau jadiakan diriku
kosong.. kosong..

Kosong..kosong..
Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa
Kosong.. kosong.. oh..



JOM DENGAR LAGU..


p/s: AKU DGR JA LAGU NE KAT RADIO MULA2 TERFIKIR2 JUGA APA MAKSUD LAGU NE, ON YOUTUBE CARI LIRIK DGR BETUL2 EMMM NOT BAD MMG SEDAP LAGU AND LIRIKNYA.. SO LAGU NE JADI LAGU WAJIB DGR BUAT AKU... BANYAK MAKSUG YANG TERSEMBUNYI... HANYA DARI KITA TUK MENTAFSIRKAN..

Rabu, 7 Mac 2012

Aku Nekad!!!!!!!!!





Assalamulaikum semua,.. Selamat menyambut hari wanita 8/3/2012...


U all tengok tajuk diatas mesti kamu tertanya-tanya apa yang aku akan NEKAD lakukan ini.. aduis,.
actually aku pun tidak pasti senekad mana akan aku lakukan perkara ini.. tapi insyAllah aku kan usaha sedaya upaya aku... Nak melancong ne so kena berjimat-jimat..

Ok la semua malas nak panjang lebar berjala-jala bermeter-meter seperti novel cinta, saya ringkaskan saja la.. rajin2 la klik kat bawa tu.... tu yang sebenarnya aku nak buat...

 Klik : http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html


Ahad, 4 Mac 2012

kenapa??

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah





Text ne aku dapat dari FB kawan2 post status.. rasa betul juga kan apa yang dikatakan,.
semua benda pada zaman ne selalu disalah ertikan, kalau kita baik dia orang fikir "baik ada makna" kalau kita jahat dia fikir "kejam" sedangkan dorg tak tahu apa yang kita rasakan, fikirkan.. betul tak?? sekarang ne pun orang yang jahat nak jadi baik pun susah memang akan tertekan dan akan kemabali kepada kejahatan.. macam mana kita nak maju kalau macam tu fikiran orang2 kita kan??.. oleh itu bersangka baik la dalam kehidupan..dan berdoa la org bersangka baik kepada kita.insyAllah..







Monday Again


Assalamulaikum semua..


Happy monday.. why ah if monday ja kita malas2 nak pi kerja, pi sekolah, pi kuliah.. rasanya hari isnin ne hari semalas sedunia la kan,. tipula ada yang suka hari isnin.. tapi aku bukan tak suka cuma tak tahu nak cakap asal hari isnin la bangun pagi2 pun lambat2 bawa kereta pun hati (slow2), awal pagi tadi masa b1st ramai2  kat pejabat ne tiba2 mybos tegur, "fie kurang sihat ka?", hehehe ketara sangatka muka aku ne pucat? (dalam hati).. hehehe bukan la en... tiada mod hari ne.. Tapi heran kan hari isnin ne la juga kerja berlambak di meja lebih2 awal bulan macam hari ne, biasalah hujung bulan semua benda nak di tutup hehehe di report kan.. Tapi aku suka hari ne aku sampi awal dari org lain yg selalu awal jadi aku dapat paking kereta di tempat yang beratap.. maka hari ne kereta aku bersejuk la tidak paya pakai sun blok.. hehehehe


Ok la semua mulakan kerja dengan Bismillah ok... wasalam..

Isnin, 27 Februari 2012

Sakit Gigi Lagi...


Assalamulaikum Semua,.

Hari ne aku betul2 rasa mo pitam.. serius ne 1st aku rasa betul2 sakit gigi.. OMG!!! ne plak rasanya sakit gigi. dan tidak heran lah selepas bersalin sakit gigi yang paling sakit.. 

Gigi berlubang pula, perlu di cabut ne dengan segera,. tapi.... SAKIT KAH CABUT GIGI?? 
fikir tentang sakit tu yg aku tak nak cabut gigi,. aku tidak suka rasa sakit... 


tak sanggup aku!!!!..

Jumaat, 24 Februari 2012

Tanam Bunga???

Assalamulaikum...

Sabtu ne kami bergotong royong untuk menanam bunga, mbersih plant kami yang tercinta.. hehehe.. biasalah power plant kan mestilah diberihkan selalu.. di bawah ne aku nak sharekan gamabr2 kami yang berjaya kami ambil sambil membuat kerja.. yang ne namanya tiada keja cari kerja.. saksikan.. hehehe



"Inila barisan kita yang ikhlas berjuang" ne geng2 bas sekolah opss silap ne geng kak CT (garang kan) hehehe



Mula beraksi "tanam2 ubi tak perlu dibaja"

 Yang dibawah ne namanya "CURITULANG".. actly bukan la ne rehatkan diri namanya, penat da mencangkul, menanam, membajah, menyiram dan lain2...


" Farah Lyana in love and P'fie Fadzillah in the PLANT"

KERJA TAK PERLU TERTEKAN, KITA PERLU HAPPY UNTUK MELAHIRKAN MUTU KERJA YANG MANTAP!!!!!

Khamis, 23 Februari 2012

Edit.. Edit..

Assalamulaikum...

Memandangkan hari ne aku bosan tahap cicak man.. So aku pun edit2 la apa gamabr yang ada d HP aku ne.. dan setiap gambar ada cerita..
1. Ne aktiviti kami d pejabat ne ari sabtu so keja pun kurang cuma benda2 urget ja disiapakan, hari tu kelas memasak bersama kak sue x dijlnkan maka CIK farah pn menunjukan bakat terpendam dgn menTouch up muka2 kami,.. ne sebelum ok yg sesudanya x sempat ambil..

2. pic ne lama da dalam hp aku suka pic ne cz ada cerita tersendiri d sebaliknya,. masa ne ada Jom Heboh di LIKAS.

baba and mama
me and abang
kakak and adik
 3. 3keping pic di atas pun sudah berkurun2 lama dalam HP aku, ne  tahun lalu masa sambut bday baba d gayang seafood...


4. Taraaah.... ne mybaby boy yg cumil dan pintar.. muhamad izz haikal and ibunya.. hehehe...

Sebenarnya banyak lagi pic yg siap d edit dalam Hp ne tuk dikeluarkan.. tapi takut kamu orang bosan.. hehe biarlah yg lain menjadi kenangan terindah..

wasalam...