ASSALAMULAIKUM
Lama rasanya tidak update story kat blog ne, sebenarnya rindu juga nak buka blog tapi sibuk yang memanjang mematikan niat aku untuk "berceloteh", saat jarijemari ne menaip huruf-huruf pun idea di kepala tiada lagi.. tak tahu nak cerita dan kongsi apa untuk entri kali ne.. ok la kali ne pun aku nak bercerita lagi perkembangan pembesaran anak aku Muhammad Izz Haikal..
Pada 15april tu genab la si manja Haikal ne 7bulan, semakin meningkat usianya semakin banyak benda dipelajari, menoroka setiap sudut.. sekarang haikal sudah mula merangkak memang masa untuk diperhatikan setiap saat, takut-takut kalau tersilap pandang, biasalah anak-anak kecil setiap apa yang disentuh akan dibawa kemulut.. sangat-sangat perlu diperhatikan. bila letak di dalam baby walker mulalah nak menarik itu dan ini. sampai semuah lapis meja dan kerusi kat rumah mak mentua aku, kami alihkan sebab haikal rajin nak berkemas.. Comel bila diperhatikan, terkadang lucu pun ada juga..
Cepatnya anak ibu besar dan sebagai ibubapa sememangnya kita menantikan saat ini untuk melihat anak-anak membesar di depan mata.. "segalah pujian dan syukur ku panjatkan pada mu ya Allah" begitu besar dan indahnya saat-saat ini aku rasakan.. dan sebagai anak aku merasa insaf kerana betapa besarnya pengorbanan ibubapa kita saat membesarkan kita. "Ya Allah panjangkanla usia ibubapa ku, berikan mereka kesihatan yang baik, ampunila dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kami" amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan