Isnin, 23 April 2012

Di Sebalik iTu...

ASSALAMULAIKUM



Apa kabar semua, dalam post yang lalu aku ada cerita nak pi interview kan,.
Entri kali ini aku nak cerita sepanjang masa yang aku nak pi interview tu, macam-macam kejadian berlaku..

Pagi macam biasa aku masuk opis dulu sebab aku tak apply pun cuti masa tu, dalam jam 10 aku keluarla pi interview sekali dengan fara, memang kami berdua di panggil interview masa tu jadi da rancang sekali jalan jimat minyak kereta fara.. aiks salah yala menjimatkan kos la masa tu..

Sampai Wisma aku pun call Puan N tanya tingkat berapa and cari siapa untuk interview tu, "tingkat 12 terus cari company ....TUT..(maaf atas sebab2 tertentu nama company tu aku rahsiakan).. sebelum nak lift, fara ajak pi tandas dulu (nak makeup la ne dalam hati), masa masuk tandas tu aku da perasan kenapa tandas "perempuan" ne berasap yerk,. tercium plak bau rokok.. arrgs ada yang merokok ne tapi semua tu dalam hati. masa menunggu giliran untuk masuk tandas ada la seorang minah cina ne siap tutup hidung lagi dan bagi isyarat ada orang meroko kat dalam tu, dan aku hanya mampu senyum kerana mukanya sangat lucu dan dalam kepala aku masa tu mahu saja membalas bahasa isyaratnya tu macam iklan"TAK NAK MEROKOK" tu. Aku berpaling menghadap cermin dan membetul2 kan tudung yang memang da betul, masa mata menghadap cermin aku terdengar salah satu pintu tandas berbunyi, ada orang yang nak keluar.. OPPPSSS!!! punyala main terperanjatnya kami yang ada kat luar tu... OMG!!! rupa2 yang berasap tu seorang lelaki yang salah masuk tandas wanita.... wakakkakaka pecah juga ketawa aku dan fara.. bukan itu saja minah cina yang aku ceritakan itu pun dengan pantas keluar dan memberitahu kat counter depan tandas tu ada lelaki masuk tandas perempuan.. Aduis rasanya malu sangat mamat tu kan.. hari itu merupakan hari bersejarah untuk dia.

Aku dan fara pun naik la lift ke level 12.. sampai ja kami tengok macam2 nama company disitu.. "kak tu pintu company ...TUT., jom kita tengok opis dorg mcm mna". masuk ja terus muka kami berubah.. mata bertentang mata tapi masing2 masih boleh bersikap selamba.. isi borang dan duduk menunggu.. sambil menunggu tu aku dan fara pun mula da berkuis-kuis kaki, berisyarat muka.. akhirnya terkeluar dari mulut fara "kak, nyak ku lum kerjo metu kak nyak ru'un IT" (maaf dalam bahasa BAJAU).. aku pun apa lagi ketawa dan membalas.. "mahu kena ajar 5s dorg ne fara".. ketawa lagi.. "kak kerusi dorg tegak betul kak, kerusi tempat mesin copy kita" ketawa lagi... "fara on GT d HP mo kabarkan dgn kak mun ne".. aku pun berGTla dgn kawan kat opis.. lama2 kami menunggu tu datangla seorang perempuan memberitahu "kamu boleh dtg jam 1, cz bos kami mahu keluar sekejap". kami buat muka happy.. ok...

Masa menanti jam 1 kami habiskan dengan meround di shopping mall.. Jalan punya jalan baru teringat.. "jom fara temankan kak check mata, mahu buat spek ba ne".. "jom la kak ada kedai murah sini" .. Cuba try test bingkai kat kedai tu "ya yang ini sesuai kak, ngam!!" check degree mata "mata u ne da rabun sangat ne, silau pun tinggi kalau malam u jgn bawa kereta k " dengan hati yang kecewa.. aku da termasuk dalam golongan orang rabun la ne.. tidak apa la buat ja lah daripada sakit kepala memaksa mata untuk melihat itu dan ini..

Jam 1 kami pun naik balik ke tingkat 12, masa tu ada la beberapa orang juga yang datang interview, kerani kat opis tu pun panggil antara kami, dengan pantas aku cakap fara dulu,. hehe fara pun pi la masuk untuk interview, aku macam biasa melihat reaksi orang yang datang untuk interview hari tu ada yang datang dengan  
fasyen nak bersantai siap ada spek mata hitam besar lagi. ada budak ne bawa setebal-tebal sijil2. yang aku dan fara hanya bawa 3keping resume saja.. hehehe sebab bos dorang juga cakap tak payah bawa just bawa resume saja.. bila fara keluar aku pula masuk..

aku masuk dan perkenalkan diri sambil senyum2 bukan apa rasa lucu sebab tukang interview ne memang kenal dengan aku mana tidaknya selalu berkerja sama dalam menghatur shipping SW hehe.. dia pun cerita serba sedikit tentang company.. seperti yang aku ckp company dorg ne besar seluruh asia tu, and tanyala pengalaman aku kerja, dan bertanya tentang Puan N kami.. (ne termasuk dalam soalan interview ka ne tauke)  dan dia cakap i offer u kerja sini dengan gaji bla..bla..bla.. kerja 5 hari seminggu. (tauke tu gaji boleh kasih  UP lagi ka dlm hati lagi) aku tersoalan tu tauke bos, up sikila gaji, baru ada cerita,. dia pun senyum2 kambing u tiada pengalaman tentang shipping, (hello tauke bukan ka kita selalu berjumpa pasal shipping mo lari la tu) yes u ada basic shipping but basic only pasal salary tu semua pun dari HQ kami di singapore.. Oh..Oh angguk tanda faham.. Kalau u di terima sini berapa lama u boleh berhenti kerja ada sebulan ka", No la tauke 2 weeks ja.. ok..ok.. (dalam hati sorryla tauke,  if gaji u mcm tu better me bertahan dulu kat company me sekarang ne banyak lagi kelebihan yang me dapat.. bye..bye tauke) ok nanti saya call u la ya.. ok.. aku pun keluar...

Sepanjang perjalan pulang ke opis aku dengan fara ketawa ja dalam kereta bercerita itu ini yang terjadi.. tapi "ADAKAH KAMI TERLALU MEMILIH?TERLALU SELESA?DAN ADAKAH COMPANY SEKARANG INI TELAH MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KAMI??" itu soalan yang bermain di kepala aku tapi aku simpan saja.. ya la kira sekarang ne aku betul2 selesa dengan kerja aku. mungkin biasalah tekanan di tempat kerja itu perkara biasa.. cuma aku takut "stress" kerana stress adalah punca semuah penyakit seperti jantung, strok dan lain2.. Pandai tak aku?... wakakakaka..

Inila kenangan terindah yang aku lalui bersama fara semasa berinterview tu.. Puan N terima kasih ya kalau ada lagi kerja kosong jangan lupa bagi tahu....

Bye2 semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan