Assalamulaikum
Apa kabar semua, kali ini aku nak sharekan beberapa koleksi minyak wange yang aku suka dan menjadi simpanan aku,. bukan nak riak atau sebagainya disini aku nak ceritakan sedikit hobi aku, sebenarnya aku buka la orang yang mengilai barang "Brand" atau memakai barang berjenama dari kepala ke kaki, tapi bab minyak wange aku memang akan memilih mengunakan "brand" tertentu, tidak ada juga brand kegemaran asalkan aku suka wanginya aku akan beli, atau minta dibelikan hehehe.. di bawah ne ada beberapa la gambar minyak wangi aku yang sempat aku ambil pic, yg lain da kosong botolnya hehe.. aku ulangai lagi ne adalah koleksi minyak wangi aku, bukan nak riak cuma kongsi hobi aku sama semua. selain dari perfume aku jg ada menyimpak beberapa koleksi TIN Minuman seperti Coca Cola, Sprite dari Oversea.. nanti ada masa aku kongsikan tuk tatapan semua ok.. "DI SETIAP GAMBAR ADA CERITA"
Burberry Brith ne aku beli tahun 2010 masa bday aku, kira hadia tuk diri sendiri la ne kan, tapi malangynya masa kesibukan majlis perkahwinan aku tahun tu juga ada la hamba Allah ne telah TERambil Perfume aku ne skrg tinggal kotak ja.. (tinggal kenangan)
CK Eternity for men and women (Couple Set) memang aku beli couple set, Febuary 2010 rasanya masa tu kawan baik aku g KL team SOGO jual murah aku pun kirimla beli perfume apa saja asal wangi. Bulan febuary kan mmg masa tuk jual barang couple set so kawan baik aku ne pun belikan la minyak wangi ne tuk aku, dan yg tuk lelaki tu aku bagila laki aku masa tu kami masih couple..
Gucci Envy Me ini kira perfume kegemaran aku la kalau tiada pilihan perfume terkini yg menarik deria bau, secara automatik aku akan beli ne, entah kenapa aku suka dgn wangi dia.
Nina Ricci aku suka dengan botol dia comel kan so aku beli la hari tu, wangi pun boleh tahan la, dan masih ada sisa baki sampai sakarang cz kalau aku pakai aku ingat kawan punya kakak hehehe..
Dua dari Jenama Perfume " DEVIDOFF" yang menjadi pilihan hati yang belah kiri tu Suami aku belikan kan masa dia kerja kat labuan dulu, kira ok la kan murah "bebes Cukai" dan belah kanan tu aku saja test pakai cz masa cari kat pakson KK Plaza hari tu tiada yg belah kanan tu jadi aku pun tukarla citarasa..
DKNY Gold masa puasa tahun 2011 tu aku pun berjalan2 kat 1B dgn cik Yan tuan punya kedai Beg kat 1B seorang yang sangat baik sebaik-baiknya.. jalan2 sementara tggu wktu berbuka aku g kedai SASA tercium la pula perfume ini, masa tu nak beli tapi takut sang suami marah and bising lagi sebab baru ja dia tegur pasal pembaziran membeli barang yang tak patut, tapi aku tahu kalau wish tym bday mesti dapat punya, kebetulan raya tahun lalu bulan august dan bday aku bulan octber aku boleh bsabar tuk list kan wish aku tuk hadiah tahun tu,. 15/9/2011 aku lahirkan baby kami dan genab sebulan umur baby bday aku, so masa tu la digunakan meminta hadiah hehehe.. malam tu si suami hang out dgn member dia, tidak sangka pula dia belikan hadiah tuk aku, bukan perfume saja ok.. 1SET LAGI SIAP ADA LOSEN hehe.. TQ sayangku.. (harap tahun ne ada lagi la k)
Dan ada beberapa lagi koleksi perfume aku, sebenarnya aku ne pengemar perfume kadang2 aku tak mahu tahu pun wangi dia macam mana janji botol dia menarik, dan satu yang pelik tentang aku ne aku sebenarnya jarang pakai perfume yang aku beli cz aku cepat rasa pening bila tercium wangi2an tapi aku suka mbeli pakai hanya sekali sekala.. tu yang sang suami cakap 'PEMBAZIRAN' tidak apalah ini untuk kepuasan hati,. lain orang lain hobi dan kegemaran kan, ada yang suka beg, kasut, baju..
Antara koleksi yang lain Bvlagari Omnia (hantaran waktu bertunang hihi), Chanel Chance (kawan pejabat pakai aku suka bau dia dan beli, jarang pakai takut tersama pula), Escada (yang tinggal kenangan cz sudah habis dipakai) Flower by Kenzo (ada kazen ckp tym study dia pakai ne aku pun try la wanginya and then tertarik) Jadore by Dior (dibeli kerana menyukai bentuk botolnya), dan beberapa koleksi dari Marc Jacob (botolnya yang perlbagai bentuk dan cantik2, aku tengah target nak belik LOLA ne cantik bunga kat botol tu kan..)
Apa2 pun setiap manusia ada hobi tak kira hobi yang sama dan berbeza2, kalau masa zaman kanak2 dulu mesti kita jawap hobi: MENGUMPUL STEM paling biasala jawapan ini kita dapat, tapi meningkat dewasa hobi kita pun bertukar kan, tiada sudah hobi mengumpul stem. Dan ini adalah HOBI aku... Kegemaran aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan